LATIHAN KATA NAMA

Latihan Kata Nama

  1. Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. Wanita yang berselendang putih itu hendak melawat Zuraini. 2. Kedutaan asing itu akan ditutup kerana melakukan pengintipan. 3. Mereka membuat kritikan atas tulisan yang tersiar di akhbar itu. 4. Aku berazam untuk lulus dalam peperiksaan kali ini. 5. Pulau Astaka akan dijadikan tempat untuk menapis minyak mentah. 6. Dia hendak menyertai perkhemahan itu jika ibunya membenarkannya. 7. Awak tidak perlu menjawab pertanyaan yang dikemukakan melalui mesin faks itu. 1
  2. Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai. 1. Kapal angkasa itu berlegar-legar di .................................... 2. .................................... yang baru dibuka itu dapat meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat. 3. .................................... berjanji akan membaham Sang Kancil yang menipunya itu. 4. Buku .................................... adalah novel keenam tulisan Isa Kamari. 5. Banduan yang ganas itu telah dihantar ke ..................................... 6. Kedua-dua ibu bapanya akan berangkat ke .................................... bagi menunaikan fardu haji. 7. Kami menaiki teksi dari .................................... untuk pulang ke rumah. 2
  3. 3 Cuba kesan kesalahan kata ganti nama dalam ayat-ayat berikut. 1. Penjahat itu telah dipenjara. Beliau dipenjara selama lima tahun. 2. Kawan baik dia telah dimasukkan ke hospital sakit ganjil. 3. Mereka-mereka yang tidak hadir akan dikenakan tindakan disiplin. 4. Cadangan yang kau kemukakan tadi telah diterima. 5. Beliau akan berkunjung ke rumah ku jika ada kelapangan. 6. Kau tidak patut berbuat begitu kepada kedua-dua ibu bapa mu. 7. Daripadanya kita datang, dan kepadanya kita kembali.
  4. 8. “ Nama anjing peliharaan itu siapa ? ” tanya Joseph. 9. Perompak itu yang memecah masuk ke rumah saya telah ditangkap polis. 10. Kami tidak menyebelahi siapa pun dalam pertelingkahan ini. 11. Siapa yang tidak hantar tugasan akan didenda. 12. Ini parang telah diasah oleh bapa saya semalam. 13. Kami telah menasihati ia berkali-kali tetapi ia tetap berdegil. 14. “ Kuih yang kau masak itu mentah,” kata Faiz. 15. “ Nama budak itu apa ? ” tanya Puan Suliha kepada pembantu rumahnya.

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home

waktu tempatan

About Me

salam perkenalan . ilmu itu pelita hidup .tuntutlah ilmu hingga akhir hayat

Followers


Recent Comments