LATIHAN KATA NAMA

Latihan Kata Nama

  1. Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. Wanita yang berselendang putih itu hendak melawat Zuraini. 2. Kedutaan asing itu akan ditutup kerana melakukan pengintipan. 3. Mereka membuat kritikan atas tulisan yang tersiar di akhbar itu. 4. Aku berazam untuk lulus dalam peperiksaan kali ini. 5. Pulau Astaka akan dijadikan tempat untuk menapis minyak mentah. 6. Dia hendak menyertai perkhemahan itu jika ibunya membenarkannya. 7. Awak tidak perlu menjawab pertanyaan yang dikemukakan melalui mesin faks itu. 1
  2. Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai. 1. Kapal angkasa itu berlegar-legar di .................................... 2. .................................... yang baru dibuka itu dapat meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat. 3. .................................... berjanji akan membaham Sang Kancil yang menipunya itu. 4. Buku .................................... adalah novel keenam tulisan Isa Kamari. 5. Banduan yang ganas itu telah dihantar ke ..................................... 6. Kedua-dua ibu bapanya akan berangkat ke .................................... bagi menunaikan fardu haji. 7. Kami menaiki teksi dari .................................... untuk pulang ke rumah. 2
  3. 3 Cuba kesan kesalahan kata ganti nama dalam ayat-ayat berikut. 1. Penjahat itu telah dipenjara. Beliau dipenjara selama lima tahun. 2. Kawan baik dia telah dimasukkan ke hospital sakit ganjil. 3. Mereka-mereka yang tidak hadir akan dikenakan tindakan disiplin. 4. Cadangan yang kau kemukakan tadi telah diterima. 5. Beliau akan berkunjung ke rumah ku jika ada kelapangan. 6. Kau tidak patut berbuat begitu kepada kedua-dua ibu bapa mu. 7. Daripadanya kita datang, dan kepadanya kita kembali.
  4. 8. “ Nama anjing peliharaan itu siapa ? ” tanya Joseph. 9. Perompak itu yang memecah masuk ke rumah saya telah ditangkap polis. 10. Kami tidak menyebelahi siapa pun dalam pertelingkahan ini. 11. Siapa yang tidak hantar tugasan akan didenda. 12. Ini parang telah diasah oleh bapa saya semalam. 13. Kami telah menasihati ia berkali-kali tetapi ia tetap berdegil. 14. “ Kuih yang kau masak itu mentah,” kata Faiz. 15. “ Nama budak itu apa ? ” tanya Puan Suliha kepada pembantu rumahnya.

posted under | 0 Comments

KATA GANTI NAMA

Kata nama diri

!) Kata nama diri manusia dapat dipecahkan lagi kepada ganti nama diri pertama

contohnya ( aku , saya, hamba , patik , beta )

2) Kata nama diri kedua
(tuan , kamu, engkau , awak , saudara )

3) kata ganti nama diri ketiga
( mereka ia, beliau baginda )

posted under | 0 Comments

KATA NAMA PENUNJUK

Kata nama penunjuk

Adalah menunjukkan sesuatu perkara atau benda atau kejadian

Terdapat dua kata ganti nama penunjuk dalam bahasa Melayu iaitu itu dan ini

Kata ganti nama diri

terdapat dua pecahan iaitu

1) Ganti nama diri manusia

2) Ganti nama diri tanya

posted under | 0 Comments

KATA GANTI NAMA

Ktata ganti nama

Bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti kata nama

Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :

1) Kata nama ganti penunjuk

2 ) Kata ganti nama diri

posted under | 0 Comments

KATA NAMA UMUM

Bentuk kata yang merujuk sesuatu konsep atau benda yang umum

Kata nama umum dapat dipecahkan kepada dua iaitu

1) abstrak ( bunyi , harapan , keselesaan , roh impian )


2) Konkrit ( rambut, motosikal , komputer )

posted under | 0 Comments

KATA NAMA

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis :

1) kata nama khas
bentuk kata yang merujuk khusus ruang tempat atau benda
kata nama khas ditulis dengan dengan huruf besar pada setiap awal perkataan


kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

!) kata nama khas hidup
contoh : Ali, Kumari , Ah Chong

posted under | 0 Comments

PERGOLONGAN KATA

Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

1) Kata nama

2) Kata kerja

3) kata adjektif

4) Kata sendi

posted under | 0 Comments

ayat tunggal

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Followers


Recent Comments